Minda cuba menafikannya.
Kata, laku,
Semua dusta.
Didorong sekeliling,
Lampu sorot beralih arah,Menyuluh,
Yang memberikan kekuatan sementara,
Hati menafikan, minda terus berbohong.
Digarap sekelip mata,
Tampak seperti seumur hidup dikorbankan,
Percaya tiada lagi yang tinggal,
Percaya tiada apa lagi kembali.
Salahkan takdir jangan,
Tetap kita milikNya,
Loh Mahfuz kekalnya segala rahsia,
Satu pun takkan dapat mengintai.
Berharap tidak memadai,
Bersiul berdendang juga tak memberi erti,
Usaha,
Sampai reput dimamah bumi.
Apa salahnya,
Istiqamah dan bersujud,
Sedangkan wujudnya Adam dari gumpalan tanah,
Dan Hawa dari belulang.
Yang ingat perlu mengingati,
Yang leka jangan dibuai mimpi,
Bukan tentang apa kau miliki,
Tentang wujudmu dimuka bumi dihisab nanti.
Sekali lagi jangan kau risau,
Soal hati,
Terjawab semuanya didalam kalimah suci,
Kerana semua ini untuk kau mengerti.
Hati jangan kau terus begini,
Katakan yang kau memahami,
Biar hariku biar malamku,
Hidup dirahmati dan diberkati.
No comments:
Post a Comment